Friday, April 13, 2012

Gambar Menarik Muzium Kapal Selam Gergasi SMD QUESSANT di Melaka


Salam dan hai readers,


Memang tak pernah jemu mengunjungi negeri ‘Hang Tuah’ ni. Serata rakyat Malaysia dan pelancong yang datang dari jauh memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan kerana kepelbagaian tinggalan sejarah yang tidak pernah membosankan walaupun dah melawat banyak kali. Macam kenal je orang tu??Hehe. Lagi ligatlah aktiviti melancong kalau bertemu jodoh dengan orang Melaka kan..ehem2~

Teringat kecik-kecik dulu, mak Azu memang selalu bawa kami jalan-jalan di Melaka. Bila tengok perubahan di Melaka, memang lah banyak berubah tapi bangunan bersejarah masih dikekalkan. Tarikan terbaru Melaka iailah pembukaan Muzium Kapal Selam yang diselia oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Koleksi artifak sejarah negeri ini bertambah lagi dengan wujudnya muzium kapal selam  yang sudahpun mempunyai 23 muzium.

Lokasi Strategik

Lokasi nya yang terletak berhampiran dengan pantai Klebang Besar dan diletakkan di kawasan yang sangat luas merupakan Pelan Pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang Melaka. Wow, itu baru pelan jangka panjang. Belum lagi tengok betapa hebatnya satu kapal selam gergasi ini diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship di Melaka oleh Felda Transport Services Sdn Bhd. Alaa, hebatnya macam kita tengok Discovery Channel atau National Geographic tu.

Pelan Pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka

Bayangkanlah mengangkut kapal selam yang bertan-tan beratnya??

Tiket Masuk dan Kawasan Lawatan

Tiket masuk untuk dewasa hanyalah RM 1 dan kanak-kanak pula RM 0.50 je. Itu harga bulan lepas Azu pergi. Adoii, murah kan. Budak besar Aijaz tu free je. Nak tahu kenapa agak murah? Hal ini mungkin disebabkan kawasan lawatan hanya di luar kawasan dan persekitaran kapal sahaja. Kabin dalam kapal selam masih belum dibuka untuk tujuan pameran. Maka, pameran bergambar betul-betul di bawah punggung kapal selam diadakan untuk memudahkan kita melihat gambar-gambar dan keadaan sebenar dalam kapal selam tersebut.

Harga tiket kanak-kanak hanya RM 0.50. Harga Promosi untuk menggalakkan kunjungan semua.


Angin sangat kuat, maklumlah di kawasan lapang yang sangat luas. Emm, seram jugak dok bawah punggung kapal selam tu. Tapi, jangan risau., masih selamat~hee

Parking dan Persekitaran Kapal Selam

Parking sangat mudah diperolehi sebab jalan masuk kesana masih belum diturap dan kita boleh memilih untuk parking dimana sahaja asalkan di luar pagar. Pintu masuk ke dalam kawasan kapal selam ini agak belum disempurnakan dengan sewajarnya kerana hanya zink besi yang jadi pintu penghalang. Emm, agak-agak Azu mungkin bila badan kapal selam itu sudah dibuka untuk tontonan umum, tiket akan jadi lebih mahal dan pintu zink itu akan lebih sempurna kan kan? Maklumlah, maintenance kapal ini perlu diselenggara dengan sewajarnya untuk kunjungan pelawat dari pelbagai negara. Bila siap sepenuhnya nanti, pasti lebih ramai yang datang melawat~

Perkhidmatan naik kuda berbayar turut berada berhampiran tak jauh dari kedudukan kapal selam. Selepas puas mak bapak habis pusing dan melawat di sekeliling kapal selam, lepas tu bolehla bawak anak-anak naik kuda. Kalau Aijaz dah besar, mesti Azu bawa Aijaz naik. hehe..Azu pun takut tapi mau~


Keropok Udang Geragau Special dari Melaka

Ha, ada jual keropok udang geragau special dari Melaka. Dari pintu masuk ada seorang budak bagi rasa sikit dari bekas yang di bawa. Sedap, rangup, tak pedas sangat dan rasa lain dari keropok biasa. Balik tu apa lagi, terus beli sebungkus pek besar. Satu bungkus besar dalam 1000g RM 10, 3 bungkus kecil dan 300 gram setiap satu harganya RM10 jugak. Paling suka makan keropok tu adalah si kecik Aijaz..tak sampai sesaat dah minta lagi, ditelannya kopok tu kot~huh

Gerai Layang-layang Cantik dan Menarik

Perjalanan pulang kami taklah begitu membosankan bila melayan jalan tak berturap tu. Sebelah kiri jalan sebelum keluar ke jalan besar kami ternampak serombongan gerai menjual pelbagai jenis layang-layang yang besar dan menarik. Kami tak singgah sebab cuaca agak panas walaupun angin sangat kuat. Jadi kami singgahkan kereta di seberang jalan tengok orang main layang-layang pelbagai rupa dan bentuk. Nampak dalam gambar macam ada satu je kan~Diorang main jauh-jauh, agaknya takut terbelit tali layang-layang kot..hehe..bestnya, dah lama tak main layang-layang..zaman budak-budak memang best kan~isk


Oh, rasanya setakat itu dulu perkongsian Azu dan keluarga pergi melawat Muzium Kapal selam, tarikan terbaru di Melaka. Semoga kawan-kawan pembaca lain dapat singgah melawat salah satu keindahan di negeri Hang Tuah ini. Azu seronok sebab banyak lagi tempat lain Azu akan melawat di Melaka. JOm jalan-jalan tengok gambar lain pulak~



nice pic~kredit to en hasben

Salam sayang dari Azu Lady’s Finger! Terima kasih sudi singgah~

Sumber: Kosmo, Online

Wednesday, April 4, 2012

Gerai Pak Man Asam Pedas Terbaik di Melaka

Salam dan hai readers,


Siapa tak suka asam pedas? Rasanya dalam 10 orang mesti sorang je yang angkat tangan kan...Hehe, bukannya apa. Nak kata hobi, tak juga tapi memang Azu memang suka makan dan cari tempat makan yang ada makanan kegemaran Azu.

Baru-baru ni Azu balik kampung di Merlimau, Melaka. Hasben Azu bawak jalan-jalan keliling kota Melaka dan bila tiba tengahari, macam biasalah perut minta diisi. Apa lagi, Azu ajak hasben bawak kami (Mak mertua, Aijaz dan Azu) singgah gerai Pak Man Asam Pedas paling sedap yang terletak di bawah pokok yang sangat besar di sebelah jalan utama iaitu berhadapan dengan Balai Polis Hujung Pasir, 10 minit je ke bandar Melaka.

Masuk je gerai tu cepat-cepat kami cari meja di bawah kipas. Almaklumlah cuaca sangatlah terik tengahari tu. Duduk aje baru perasan yang gerai itu bercirikan 'kekampungan' yang menarik perhatian Azu. Cuba tengok gambar di bawah. Siap dengan tikar mengkuang atau hamparan yang selalu diletakkan di lantai rumah kayu atau rumah kampung. Di tengah-tengah sudut gerai itu digantung juga buah durian, opss bukan buah durian sebenarnya. Itu adalah ikan buntal plastik yang digantung untuk tujuan perhiasan, bukannya menu makanan kita hari tu tau~hehe suspen ja kan.


Sebut pasal menu makan mestilah Azu order asam pedas. Hasben Azu order asam pedas ikan tenggiri, mak mertua Azu order asam pedas ikan parang manakala Azu pulak asam pedas ikan pari~wajib ikan pari pasal itulah ikan paling sedap makan bersama asam pedas..Menunggu hidangan sampai taklah lama sangat pasal pengunjung yang datang cukup-cukup je dengan meja yang ada. Minuman Azu order air asam boy. Emm sedap jugak tapi masam dia lain macam sikit. Bila tengok asam boy dia sedikit pelik sebab lebih besar dari biasa yang Azu tengok. Emmm rasalah dulu ye~


Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca, menu asam pedas menu utama disini disertakan juga nasi putih, telur masin dan timun. Ikan lain yang ada selain ikan yang Azu sebutkan di atas ialah ikan kembung, jenahak, sembilang, eh telur ikan dan tetel pun ada. Tak dilupa juga nasi ayam original dan nasi ayam black pepper. Paling mengujakan bila kuah asam pedas itu dihirup sehingga licin. Semua ikan yang ada depan mata ni Azu dah rasa tapi yang paling sedap dah tentulah ikan pari. Tak tinggal baki langsung, bukan apa senang diorang nak basuh pinggan Azu nanti. hehe~


Selain asam pedas, yong tau foo juga disediakan di sudut sebelah kanan gerai. Azu nampak ramai pengunjung bukan Melayu makan asam pedas, tak kurang juga yang mencuba yong tau foo yang nampaknya menyediakan pelbagai jenis sayur dan seafood. Oh, kueh pau dan otak-otak pun ada tau. Eh, terselit gak gambar Aijaz merengek nak bagun dari seat dia..huh. Kesian abah Aijaz melayan bila ummie dia mengadap makanan faberet..hiii~


Harga asam pedas ni taklah mahal sangat. Satu hidangan seorang dalam RM 6.50 hingga RM 12.50 mengikut jenis ikan yang dipilih. Ha, apa lagi jom jalan-jalan cari makan!! Tempat ini akan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya hari bekerja kerana lokasinya hampir di tengah-tengah bandar Melaka dan hari minggu pulak akan dipenuhi dengan pengunjung yang jauh dan suka makan cam Azu ni. Azu akan datang lagi tempat ni, tunggu ye Pak Man Asam Pedas!! 

Salam sayang dari Azu Lady's Finger untuk semua pembaca~