The best follower!

Tuesday, December 13, 2011

Dail 112 bukannya 999 – Mesti Baca Demi Keselamatan!


Salam dan hai readers,


Bila terbaca artikel yang dihantar oleh seorang rakan, Azu rasa sangat takut dan ngeri bila kes ini melibatkan seorang wanita! Bila terjadi kes-kes kecurian atau rompakan, seringkali kita pasti teringat talian kecemasan iaitu 999. Tapi sepatutnya nombor lain yang perlu didail iaitu 112 melalui telefon bimbit atau hp kita. Ada kes serius yang sangat wajar Azu kongsikan bersama kawan-kawan pembaca semua. Jom baca!

Kes ini terjadi dua hari lalu dimana seorang wanita muda telah dirompak dan dikelar dimukanya berhadapan rumah sahabatnya ketika sedang menekan loceng. Tiba-tiba dia melihat sebuah motorsikal dengan dua orang menuju ke arahnya. Beliau menyangka pegawai keselamatan. Sebelum dia sempat berbuat apa-apa, seorang dari lelaki tersebut telah men’kelar’ mukanya dengan pisau dan menyambar begnya.

Beliau tidak menyedari pipinya telah dikelar sehingga dia menyentuh mukanya dan mendapati pendarahan di pipinya. Dia menjerit kerana terperanjat dengan insiden itu. Salah seorang dari lelaki tersebut kembali semula kearah wanita tersebut untuk mencederakannya lagi. (walaupun mereka berdua nampaknya bergegas ingin cepat lari dari situ). Nasib wanita itu baik apabila dia sempat memegang tangan lelaki tersebut dari terus menyerangnya. Pada masa itu juga, sahabatnya keluar untuk memeriksa apa yang berlaku dan lelaki perompak tadi dengan pantas melarikan diri ke arah motor kawannya lalu meniggalkan tempat kejadian.

Bayangkanlah, kelar di pipi wanita tersebut adalah sepanjang 9 cm dan kedalamannya 1cm. Nampaknya taktik perompak sekarang ialah mencederakan anda terlebih dahulu sebelum merompak supaya anda berasa sakit dan tidak berupaya untuk melawan.

Malah, jika ada seseorang yang cuba membantu dan menyelamatkan anda juga perlu mengambil langkah drastik dengan menghubungi pihak yang berkenaan dengan segera dan bukannya dengan mengejar perompak tersebut.

Nombor kecemasan yang perlu didail:

Nombor Kecemasan di seluruh dunia untuk GSM Mobile/ Handphone atau Telefon Bimbit (010, 012, 013, 017, 019 adalah 112 dan bukannya 999 (Telefon awam dan Telefon Rumah sahaja).

Untuk pengetahuan semua, nombor 112 boleh didail walaupun tanpa SIMKAD. Jika anda mendapati anda dalam kawasan liputan rangkaian mudah alih. Dail telefon bimbit dan akan mencari rangkaian yang sedia ada untuk memudahkan pencarian nombor kecemasan untuk anda dengan segera.


Kongsilah maklumat penting ini untuk keluarga dan kawan-kawan tersayang ye. Terima kasih sudi membaca dan berkongsi cerita dengan Azu. 

Share n Luv from Azu!

7 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

limah p0n dok ingt same j kene c0l 999..haishhh..naseb bek bace ni..hew2..tq ^_^

jobmall said...

aku pun sama macam kak limah ingatkan kalau emegency dail 999 walaupun talipon henset,, rupa2 nya 112, nasib baik baca artikel ni,, tq kepada penulis keraan berkongsi,, kalau manafaat macam ni tentu akan dapat ganjaran yang baik dari Allah...

Unknown said...

ooh tengs gtau

THE AUTHOR said...

good info

Cute MuM said...

ish.. kena kelar muka..
kena ingat no tue lepas nie..
malang tak berbaukan..

Ezad Skytech said...

ohh..baru tahu ni..ingatkan sama je semua 999...terima kasih berkongsi..:D

maszmadi said...

thanx 4 sharing info...

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je