Salam dan hai reader,
Semalam 28 Sept 2011, tepat 3:45 pagi terjadi letupan di tingkat bawah pusat membeli-belah Empire Shopping Gallery yang dipercayai dari kebocoran gas di tingkat bawah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul. Letupan itu menyebabkan impak besar-besaran di sepanjang jalan 300m dari pusat membeli-belah.
Jabatan Kerja Raya dan perunding pembinaan sivil juga dipanggil untuk mengkaji tiang dan struktur dalam seluruh bangunan untuk menilai jika bangunan mengalami kerosakan struktur yang serius. Kesan paling teruk telah mengakibatkan 40 kedai runcit dan premis perniagaan telah rosak oleh letupan.
Memang menyedihkan. Mana taknya, shopping mall tu memang tempat feberet Azu & en hasben dengan Aijaz kalau jalan-jalan area Subang Jaya. Nampaknya sekarang, kene blacklist dari senarai feberet. Bukan apa, baik kita elak dari tempat-tempat yang mengundang bahawa. Memang la malang tak berbau, ajal tak kenal siapa. Tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan...hah semua peribahasa dah keluar untuk entry yang julung-julung kali dari Azu ni kan..hehe~
~Selalu kereta Azu duduk kat depan traffic light tu, tapi sekarang??~
~TGI Friday's, Subang Jaya berhampiran tempat kejadian~
Lagi tertekan bila diorang dah buat operasi..yelah selagi belum dikenalpasti punca sebenar kejadian..diorang tu polis, bomba, engineer sivil dan thah sape-sape lagi telah menyebabkan orang awam seperti Azu 'syok' melayan jam kat situ. Nak ikut jalan lain, lagi jam..jalan tulah jalan alternatif Azu ke opis pagi-pagi. Nampaknya, ada orang kene bangun pagi-pagi sebelum subuh ni...hehe sapa lagi kan..hai nasib badan~
Okeylah..harap dapat share lagi dengan kawan-kawan lain. Share n Luv From Azu..sayang semua..rindu kat blog ni bila dah lama tak menjengok!~
Sumber: The Star Online
2 comments:
hurmmmm..ad dgr org cite yg memg jalan jemm gile2
azu dh maleh nk layan kak..cari alternatif lain pulak..
Post a Comment