Salam dan hai readers,
Syukur alhamdulillah kerana Azu dikurniakan kesihatan yang baik, anak yang mendengar kata seperti Aijaz~dalam usaha mendidik ni walaupun sesukar mana serta en hubby yang penyayang. Kalau bukan kerana Nikmat dan kurniaNya, Azu tak sempatlah nak keluar entry tak puas hati macam hari ni..yelah mana tau Azu di hospital ke kerana accident, atau Azu di balai polis ke kerana membuat aduan sakit hati kat driver GILA hari ni.
Ya Allah, tenangkanlah hati aku. Mulut Azu tak habis-habis sumpah seranah driver saga hitam tu sepanjang la bermula eksiden tu sampaila Azu sampai opis. Kalau mulut ni terkumat kamit berzikir ke, dapat jugak pahala untuk Azu kan~ Insiden ni bermula di trafik light tu. Kereta Azu di lane kanan, selepas lampu hijau, Azu jeling-jeling gak ke cermin sisi dan pastikan tiada kereta dan bagi signal dengan jayanya untuk masuk ke lane kiri untuk naik ke flyover menuju ke Petaling Jaya.
Tiba-tiba tercengul satu kereta saga hitam metalic menghimpit di kiri kereta Azu. Aik, tadi takde kete, tetiba ada pulak. Mungkin kete tu muncul dari belakang kete Azu agaknya. Bila Azu dah berada di lane kiri dan si saga tu sebok jugak nak himpit di celah divider dan kete Azu, terlopong jugak lah Azu, dia ingat dia naik kete budak kecik ke atau naik basikal ke nak tembus celah sempit tu? Takkan la Azu tetiba nak himpit ke kanan bila Azu dah mula naik flyover sempit tu, tak pasal-pasal Azu jadi mangsa langgar divider. Huh
Memang sahla Azu berjaya naik dulu kan. Si mamat yang tak puas hati tu menghimpit kereta Azu dengan sangat rapat macam nak langgar kereta Azu, siap bagi highbeam lagi. Azu drive laju-laju sikit, takut dia emergency ka, bini dia nak bersalin ka. Nampak muka bini dia cam masam-masam mencuka je kat sebelah. Azu syak diorang tengah gaduh ni. Si mamat tension, ape lagi amik kesempatan drive laju-laju pulak. Bila turun dari flyover tu, Azu masuk lane kiri nak bagi laluan pada si mamat saga tadi, dengan tak disangka-sangka dia meluru ke sisi kanan kereta Azu dengan gaya macam nak rempuh kereta Azu dan lari. Syukur Azu dengan pantas membelok ke kiri dengan pantas, nasib takde kereta lain di kiri Azu. Ni gambar yang Azu sempat amik bila dia meluru laju ke depan~nak lari konon nye tu. No Plate for sure Azu amik. Harap korang tak nampak la no plate tu..biar Azu settle sendiri dengan dia satu hari nanti..;(
Ya Allah, Azu berdoa yang Azu tak jumpa kereta dan si mamat saga ni lagi. Kalau jumpa jugak, Azu dengan senang hati akan menasihati dia, jangan sesuka hati nak langgar kereta orang lain kalau awak tak kisah kereta awak kemek demi melayan perasaan geram awak sendiri.
Jaga diri, hiasi peribadi bila memandu di jalan raya wahai si mamat saga. Kalaulah saya ni pregnant ke ape ke, sampai cedera atau mati ke, awak nak bertanggungjawabkah..apa awak nak jawab kat family saya nanti?
Dengar jugak kata orang, driver perempuan memang bawak slow. Azu akui kerana wanita ni kan memang semulajadinya lemah lembut, memerlukan belas kasihan si gagah nya lelaki untuk melindungi mereka? Kalau lelaki macam mamat saga tu memang tak boleh diharap. Harap menjadi iktibar buat diri Azu dan semua.
Share n Luv from Azu...masih mengigil tangan Azu ni pasal mengelak kereta mamat gila tadi..huhhh
hmm.. nasib baik la azu xde pape kn.. alhamdulillah. hehe .. pemandu kat malaysia ni mmg cmni kot. haihhh..
ReplyDeletealhamdulillah azue tade ape2..mmg skrg ni x kira laki ke pompuan,smua memandu guna hati..tapi x guna akal dan otak..aduhaii...
ReplyDeletepemandu kt malaysia ni tak makan saman...ketuk je kepala dia klau jumpa huhh
ReplyDeleteAlhamdulillah ko selamat zura..ko doakan je lah agar dia bertaubat..
ReplyDeletedeeyaudin:alhamdulillah. xde pe2, cuma terkejut ja..tq
ReplyDeleteCR: tq ye. thahla yg lain dpt drive leklok, tp si mamat saga..thahla
Broahmad: kalo bole mmg nk ketok pala dia..;(
bai: yup..moga dia bertobat la, xmo jmpa dh org cmtu..ngeri!
mamat tu mmg giler agaknya.pemandu msia ni mcm2 perangai kan.kdg2 menakutkan jea.
ReplyDeletememang macam2 perangai driver kat malaysia ni..tu yang banyak xcident tu
ReplyDeletenaseb baek..alhamdulillah xd pape
ReplyDelete*teruk betol kalo drive tyme tension =_= bhya kan nyawa org laen j
nasib baek takde pape...
ReplyDeletekalau jumpa pmandu macam tu ketuk je kepala...baru sedar sket bahaya
Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lirik Lagu Gwiyomi
Tips Cinta: Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros