Thursday, September 8, 2011

Hari Raya yang menjanjikan kegembiraan!

Salam dan hai readers,

~bersama ayahbonda~

Alhamdulillah. Sudah 10 Syawal kita meraikan hari raya. Hari Raya adalah masa bergembira buat semua umat Islam setelah sebulan berpuasa. Terdengar ceramah di radio pagi semalam. Pada pagi hari raya, Chif/Ketua setan bersedih. Bertanyalah anak-anak buah si setan ni kepada si chif itu..Chif itu pun menjawab, aku sedih kerana pada 1 Syawal, semua umat Islam bergembira kerana Allah SWT telah mengampunkan dosa-dosa umat Islam terutamanya ketika takbir raya dilaungkan. Masyaallah..Subhanallah.

Walaupun Azu tak dapat join solat sunat hari raya di 1 Syawal tu, Azu tetap berasa hiba+kegembiraan melaungkan takbir bersama-sama diorang.~masjid depan rumah. Meriahnya masjid dengan kebanjiran umat Islam area rumah di kampung Azu. Orang lain tengah solat raya, Azu sibuk dengan make-up~takle tebal sangat, setakat ingin menghias diri di hari raya aje. Selain itu, melayan keletah si Aijaz yang berlari-lari kegembiraan bersama sepupu-sepupunya yang lain.


Lepas habis solat hari raya, ape lagi kitaorang makan bersama-sama juadah istimewa yang mak sediakan~Azu tolong la sikit-sikit terutamanya daging masak cili hitam~my fav dan sedap tak terkata, entry lain Azu cerita lagi tentang resepi istimewa tu ye..hee. Juadah istimewa mak seperti sup tulang lembu, kari lokan, rendang daging version perak..hehe jkalau cerita bab makan memang best kan!

Ha, sekarang tibanya masa untuk sesi salam dan bermaafaan sesama ahli keluarga yang tercinta. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra-mesra kan. Seronok rasa hati bila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama. Rasanya orang yang paling gembira pastinya mak dan abah Azu kan. Selain dapat berjumpa anak yang jauh, dapat juga duit raya..hehe..Alhamdulillah Azu pun dapat gak duit raya dari abang-abang.~bukan Aijaz je yang dapat tau, ummienya dapat jugak!

~aijaz nak simpan duit raya dalam hbag ummie..kiki~

Sesi yang sangat menarik adalah bergambar bersama semua family tersayang. Ada sorang ja anak buah yang tak ade pasal bekerja di pagi raya. Nak buat macamana kan..insyaallah rezeki bergambar tahun-tahun depan la pulak. Macam-macam aksi dari kami!!


Selalunya selepas semuanya selesai, hampir setiap tahun Azu akan ikut abah ke pusara nenek, atok dan arwah abang sulung Azu, tapi tahun ni hajat tak kesampaian bila Aijaz meragam nak tidur. Kalau tak tidur Aijaz dengan bapaknya Azu angkut sekali. Bukan apa, bila berkunjung ke pusara, hati rasa hiba, sedih mengenangkan orang tersayang..selain mengingatkan diri sendiri pada kematian~huhu sape tak takutt..

~pic tahun lepas semasa mengunjungi pusara~

Hari raya pertama memang kami duduk saja dirumah kerana rumah mak abah di kampung merupakan destinasi kunjungan paling utama dikalangan adik beradik dan anak buah mak. Masa itulah Azu dapat kenal dan bersembang dengan sepupu-sepupu dan mak saudara yang jauh selain dapat mengeratkan silaturrahimm.

Raya kedua kami bersiap-siap untuk beraya di kampung mak iaitu dari rumah dalam 20 minit dah sampai. Berkunjung di rumah sanak saudara memang patut menjadi amalan semua kan. Yelah setahun sekali je nak jumpa, masa ni jugaklah nak mesraaaa~Aijaz kutip duit raya je, seronok sakan!

~gelagat aijaz nak makan kueh raya~

Malam tu kami sekeluarga pengsan....

Ha, itulah kegembiraan hari raya pada Azu, agaknya cerita raya kawan-kawan lain pun lebih kurang sama cam Azu kan. Semoga kegembiraan ini berterusan sampai bila-bila. Insyaallah. Amin~

Share and Luv from Azu!

6 comments:

  1. raya mmg best kan ira..syioookk!

    ReplyDelete
  2. Betul tue..setahun sekali je merasa berkumpul ramai-ramai camtue kan..

    ReplyDelete
  3. jamal: bukan senang kan nk berkumpul satu family besar!

    ReplyDelete
  4. raya mesti seronok... tapi kemeriahan tu kdg2 ada dan kdg2 takde... huhuhu... sbb dah tak boleh main mercun...

    ReplyDelete
  5. seronok kan bila raya, berkumpul ramai2 dengan family. rindunya suasana raya.

    by the way follow ur blog. selamat hari raya azu!

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)