Salam dan hai readers,
Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan. Tahun ini adalah tahun ketiga Azu menyambut Ramadhan bersama En Hubby dan kali kedua bersama si kecik, Aijaz. Alhamdulillah kurniaanNya yang memberi peluang untuk Azu serta keluarga beribadat, berzikir sebanyak-banyak nya kerana kita tak tahu kan esok atau lusa, atau tahun depan kita berpeluang lagi atau tidak untuk menikmati indahnya bulan Ramadhan.
Ingat lagi Ramadhan tahun lepas baru sebulan Azu melahirkan si Aijaz, Masih dalam pantang tapi pagi-pagi lagi Azu kuatkan badan ni buat sahur untuk si hubby walaupun tidak dimintanya. Makan roti pun cukup katanya, tapi kesian pulak. Baby Aijaz~yelah baru 1 bulan lebih, sekarang dah setahun panggil budak Aijaz lar..hee..Baby Aijaz kami letakkan di sofa, tepi meja makan dan mesti selitkan bantal setinggi-tingginya kat tepi sofa pasal baby tu pantang ditinggalkan sendiri, mesti letak dekat-dekat kami. Kalau tidak, menangis tak hengat~Agaknya nak join kami sahur kot..
Tahun ini, iaitu hari ini Azu bangun awal, nasi panas sudah masak, lauk sardin dan ikan goreng sudah siap untuk kami makan. Ikan masin tidak dilupakan. Teh ais yang sejuk dalam peti ais menjadi juadah istimewa kami bersahur pada hari pertama Ramadhan. Syukur alhamdulillah! Manakala Aijaz sedang lena diulit mimpi indah~geram!
Ada cerita menarik tentang Ramadhan yang ingin Azu kongsikan bersama iaitu Kelebihan bulan Ramadhan! Jom kita jenguk menjenguk ye..
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi rahmat dan kurnia yang tidak terhingga buat kami sekeluarga serta semua muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT. Amin~
Share and Luv from Azu!
Sumber: kredit to ashtech.com.my
semoga ramadhan kali ni, memberi seribu mkna kepada kite smue... kan azu.. heee :)
ReplyDeleteselamat berpuasa tuk azu sekeluarga ya
selamat bpuasa.. =)
ReplyDeletesmoga ramadhan kali ni mnjadikan kita sbg umat yg lbh baik..
SS: thank u.insyaallah seribu makna buat kita semua.
ReplyDeletemunna:insyaallah..mesti lebih baik.
Selamat Berpuasa!tq sudi singgah ye
selamat berpose jugak...kat azu....:)heheh.
ReplyDeletekirim salam kat hubby jugak
ain: tqvm.selamat posa gak tuk ko..insyaallah!
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah puasa utk azu sekeluarga..:)
ReplyDeleteselamat berpuasa :)
ReplyDeletehuhu..selamat berpuasa kak azu...semoga puasa tahun nie penuh dgn keberkatan :)
ReplyDeleteana, nik, ekatikah: tq2..selamat berpuasa utk semua..jom kita mohon byk2 keberkatan bln ramadhan yg mulia!amin~
ReplyDelete