Monday, August 8, 2011

Bolehke Berhenti Merokok?

Salam dan hai readers,


Azu taknak highlight sangat pasal isu ni sebab tajuk ni agak sensitif untuk dibincang bagi sesetengah pihak. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang berdedikasi~cewahh he~maklumla kita akan sambut hari kebangsaan tak lama lagi kan, ingin Azu berkongsi buat semua yang sudi membaca. Mengikut kajian DUNIA:


Sekitar 6 juta orang mati setiap tahun di seluruh dunia bermula tahun 2010 kerana rokok dan penyakit tembakau berkaitanmengikut World Health Organization termasuk lebih 438,000 orang Amerika650,000 orang Eropah dan 1.2 juta orang di China.

Penggunaan tembakau akan membunuh 1 bilion orang di seluruh dunia dalam abad ke-21 jika trend merokok sekarang adalah berterusan.  

Satu bilion lelaki dan kira-kira 250 juta wanita menggunakan tembakau setiap hari di seluruh dunia, menurut kajian yang dibentangkan di 14th World Conference on Tobacco or Health.

Berita terkini di Mymetro hari ni bersetuju dengan kajian yang telah dilakukan terhadap perokok-perokok di Malaysia iaitu:

95% perokok mampu berhenti merokok dalam bulan Ramadan


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai usaha dilakukan demi perokok-perokok di Malaysia. Kementerian Kesihatan juga turut menganjurkan Kempen Berhenti Merokok secara besar-besaran menerusi program baru iaitu:


Nafas Baru Bermula Ramadhan dengan slogan 'Ramadhan titik permulaan untuk Berhenti Merokok'.

~isk rokok pembunuh senyap~

Azu berharap dan terus berharap agar sesiapa yang berkenaan boleh berhenti merokok dan bahagia dengan cara hidup yang lebih sihat.Tetambah di bulan Ramadhan ni..Pahala besar tau..insyaallah!~dah lama tak keluar iklan kat TV..abah, cikgu kata merokok tak baik untuk kesihatan...rindu pulak iklan tu..tapi berapa ramai yang ambil iktibar darinya? Walau perit untuk membacanya, namun perit lagi keperitan orang-orang di sekeliling kamu untuk menghidu asap nya..Wassalam. Selamat Berbuka, tinggal 4 jam lagi. yeay!

Share and Luv from Azu!



2 comments:

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)