Wednesday, August 3, 2011

Bila Bayi Lelaki disangka Bayi Perempuan!

Salam dan hai readers,

~Aijaz berumur sehari~

Sehari bagaikan setahun. Opps aijaz yang dulu berusia sehari kini sudah setahun. Alhamdulillah. Kelahirannya disambut girang oleh kami, En hubby dan Azu. Bila kali kedua memandang muka budak kecik ni ~seperti pic diatas Azu memang tak percaya nampak muka baby lelaki Azu macam baby perempuan pulak. Kali pertama terpandang Aijaz macam jeli ja pasal baru keluar dari perut..hee.Mana taknya, tengoklah rambutnya yang sangat lebat, pipinya sangat tembam dan merah~mcm pakai blusher, bibirnya sangat merah~bak delima disapu lipstik warna merah.

~aijaz umur sebulan iaitu beberapa minit sebelum dibotakkan~

Banyak cerita-cerita yang Azu dengar dari ibu bapa lain sebelumnya. Katanya teringin nak anak perempuan selepas mempunyai anak lelaki seramai 7 orang. Bila dia mengandung lagi, dan bersalin didapati bayi nya dia masih perempuan. Siapa tak kesian, tapi takdir Allah SWT siapapun tak menduga kan. Itupun syukur alhamdulillah kerana dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahayamata. Ada pasangan suami isteri lain yang tidak jemu berusaha pelbagai cara untuk memperoleh anak penyambung zuriat. Sukar Azu nak jelaskan disini kerana kadangkala bila berbicara soal anak, itu perkara sensitif bagi mereka yang masih belum dikurniakan anak. Namun, doa selalu dipanjatkan dari Azu dan keluarga buat teman-teman supaya dimurahkan rezeki dikurniakan anak sebagai penyeri rumahtangga. Insyaallah dan amin~

Bila Aijaz cukur jambul buat kali pertama, masih ada sedara-sedara yang menyangka si Aijaz ni baby perempuan. Azu tak kisah. Biasalah tu baby yang kecil-kecil macamni memang selalu disalah sangka jantinanya. Namun anak lelaki masih dan tetap anak lelaki. Kami bersyukur dengan kehadiran budak kecik ni yang diharap akan menjadi penyeri hidup kami sampai bila-bila. Amin~



Bila tengok senyuman menawan baby-baby lain memanglah Azu sangat suka, mana taknya ada baby senyum nampak gusi pun ada, senyum nampak barisan gigi comel pun ada, senyum nampai gigi comel yang dah rongak pun ada~akibat makan coklat kot. Tapi diorang tetap comel. Tak sampai hati dan pedih luluh hati ni bila ada yang sanggup buang anak-anak comel ni kat toilet la, kat longkang la. Selamatkan mereka ya Allah!

Inilah rupa si kecik Aijaz yang berumur setahun, sekali pakai romper iaitu hadiah Aijaz setahun hari tu..tapi butang longgar pulak, alamatnya romper dah jadi skirt..comel tapi Aijaz tetap boboy ummie!~Semoga Aijaz bakal menjadi abang yang baik kepada adik-adik~opss adik Aijaz??.........harapan kami supaya Aijaz menjadi anak yang soleh pada ummie dan babah serta bertaqwa kepada Allah SWT yang paling utama. Amin~


Share and Luv from Azu!

12 comments:

  1. salam azu. edy dah datang singgah kat sini.

    ReplyDelete
  2. serius comel

    mcm baby jambu haha

    ReplyDelete
  3. BK:mmg semangat..suda berat mau angkat.
    edy: tq ye sudi singgah2 n follow
    Iffah: baby jambu tapi baby boy ni..hehe tq2

    ReplyDelete
  4. alaaaa comel yer. suka la tgk baby baru nak mula jalan. cara mereka jalan macam ketam. biasa la kan lutu masih belum stabil. tapi seronok tgk

    ReplyDelete
  5. Slumberdek:aijaz jln,pantang lggr benda, mesti jatuh!
    shafiq: comel dan geram!
    tq sudi singgah2 ye

    ReplyDelete
  6. zam:hehe..hrp murah rezeki. xmo tolak punye!

    ReplyDelete
  7. cumeynye baby...

    moga2 ade rezeki kami nnti nk timang baby..amin;)

    ReplyDelete
  8. SA:hensem?tak kot..comel iye!hehe
    gojes: tq2.insyaallah rezeki tu mesti ada!amin~

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)