The best follower!

Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa Dalam Kereta..Makanan Paling best di SS18

Salam dan hai readers,


Pengalaman mendewasakan kita tapi kadang-kadang sebaliknya pada Azu. Senario yang biasa kita tengok dikalangan orang kita akan tergesa-gesa beli juadah dan segera balik ke rumah atau masak dengan sepantas yang mungkin~nak rasa tak boleh pasal puasa kan..Boleh jadi masakan kita terlalu masin, manis atau tawar dengan jayanya...tapi mesti kita akan terlalu exited kalau sedap kan kan?

Bila terleka dengan urusan dunia, kita jadi lupa untuk bersedia ke arahnya..haha itulah Azu. Mana tidaknya..tengah sibuk-sibuk mencari baju raya pilihan hati namun terasa frust akhirnya bila tak jumpa pilihan hati. Bila dah sebok cam gitu memang tak perasan siang malam dah, tup-tup dah hampir nak masuk waktu Maghrib. Ape lagi, kelam kabut lar kami cari Pasar Ramadhan terdekat iaitu Subang Jaya SS18. 


Agak-agak 5 minit lagi kot nak berbuka, Azu terpaksa tinggal dalam kereta bersama si kecik Aijaz yang sedang tidur keletihan melayan ummie nya 'window shopping'~alasan ja tuuu. Ape lagi, babah Aijaz dengan segera mencari juadah berbuka untuk kami berdua~untuk si Aijaz akan makan apa yang kami makan..budak nak besau le katakan..hehe

Bungkusan air mangga masih fresh harga RM2 je, tapi keaslian rasanya tetap dirasa sedap kami hirup dengan jayanya sebagai pembuka majlis~biasa ada kurma kat rumah tapi sekarang ni kami berbuka dalam kereta!! Nasi lauk ikan keli sambal dan ikan patin sambal~itulah kali pertama Azu jumpa masakan ikan patin sambal, mana taknya biasa kan ikan patin orang buat masak tempoyak ke goreng ja ka. Rasanya manis tapi macam pelik sikit la. Kalau orang tak pandai masak ikan patin memang cam ginilah rasanya.



Teringat bila bapak mertua ajar Azu bagaimana caranya nak siang ikan patin dengan betul dan berkesan tapi meninggalkan bau atau rasa yang kurang enak. Emm memang bukan perkara mudah bila nak siang seekor ikan patin ambil masa hampir 15 minit. Korang cuba tengok betul-betul betapa banyaknya urat-urat dalam seekor ikan patin. Contohnya, nak siang ikan kembong memang senang kan bila kita buang isi perutnya, potong insang dan ekornya dipotong sedikit. Kalau korang perasan ada urat-urat hitam tu besar-besar kan lalu mudahlah bila kita nak membuangkannya. Bila tengok urat-urat halus ikan patin, mau tercegil bijik mata Azu membeleknya. Kalau baca tulisan kecik tu Azu luluslah. Kalau abah suruh Azu cuba semula, Azu nak surrender boleh tak..~menantu paling bagooss kan..kiki

Haha. Azu memang mengaku abah mentua Azu masak ikan patin memang best, mawellless~Insyaallah Azu akan cuba satu hari nanti...tapi tak tahu bila~heee


Ha, bukan itu je juadah berbuka kami dalam kereta hari tu, kebab Arab spesel pun menjadi faberet Azu sampai sekarang.. Kali kedua pergi kat situ jugak, punyelah ramai yang beratur sampai 2 payung penjaja kedai sebelah dilanggar nye. Siap ada korner-korner diorang buat bila malu dengan penjaja kedai tu..Azu tersengih kelucuan tapi sedih gak pasal tak dapat join diorang beratur sekali. En hubby memang tak suka bab beratur lama-lama dan panjang cam keretapi tu. Tapi itulah penangan kebab Arab yang sangat sedap, lagi sedap dari Pocketfull KFC yang sedap jugak tu. Orang yang jual tu rupanya macam orang Arab kot, tak pon orang Palestin ke..hehe Azu agak ja tau. Kalau penjaja Melayu dapat buat kebab macam tu, memang respekkk abiss! Daging ayam yang lembut diselangi dengan lemak mayonis dan rasa cam Thousand Island pon ada. Itu yang buat terangkattt tu!!

Ha, cerita tak habis lagi, tengah syok-syok mengadap juadah istimewa kami di 'dalam kereta', nampak sorang penjaja air tu buang air tembikai kedalam longkang berhampiran. Uissy dah la membuang merata-merata, pastu membazir sungguh. Boleh bagi sedekah kat kami yang tengah mengadap kelaparan dan kehausan ni. Kalau tak pon apa salahnya sedekah ja kat penjaja sebelah-sebelah yang jual makanan tu~alaa cam bertukar-tukar juadah la, bagi jiran sebelah rumah pun ok pa. Entahla kadang-kadang orang kita membazir tanpa kita sedari ada insan-insan lagi yang lebih memerlukan kerana tak ada makanan dan minuman untuk berbuka..Alangkah kesian!~


Tips, cerita dan pengalaman kadangkala tak bermakna jika tidak dikongsi bersama-sama kan~

Share and Luv from Azu!

4 comments:

SoLy SoLicious said...

waahh...teringin jugak nk mkn nasi arab... heeeee

MUHAMMAD SYAZWAN said...

mcm style aje patin masak sambal... huhu~~~ nak try gak ar...

miezaniera said...

sakannya umi aijaz shoping smpai tk sedar nk buka puasa dah yer...ish ish ish..penuh la bonet kete nnti hehehe

azu said...

SolyS:kebab arab ss18 paling best!!
Muhammad Syazwan: style punye,tp nk soh org lain siang bole kot..he
bai: sakan..jenuh gak soping kt s.alm tp blm pnuh bonet kete..hee

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je