Thursday, July 21, 2011

Ketawa Terbahak-bahak bila menonton Mr Popper's Penguin!

Salam dan hai readers,


5 star untuk Mr Popper's Penguin! Watak Tom Popper telah dibawa oleh Jim Carrey. Kalau tengok muka si Jim Carrey ni Azu mesti teringat movie The Mask. Seronoknya dapat tengok Jim Carrey beraksi semula~cewaah! Movie ini sangat unik pasal ada 'the real penguin', tambahan pula Jim Carrey jadik hero nya! Azu tak ingat movie terakhir Azu gelak terbahak-bahak dalam wayang. Tapi Azu yakin dan pasti korang semua mesti macam Azu gak. Letih woo gelak tak henti 2 dalam wayang tu bila menyaksikan gelagat Tom Popper bersama penguin-penguin yang comel dan bijak!

Part paling best bila 6 GENTOO Penguin yang bijak ni diberi nama oleh Tom P dari gelagat yang pelik dari setiap Penguin ni. P Pertama: Kapten yang memimpin semua Penguin yang lain, P Kedua: Stinky yang suka kentut, P Ketiga: Loudy yang suka menjerit!, P Keempat: Lovey yang sangat manja dan penyayang. P Kelima: Bitey yang suka menggigit dan P keenam dan last NIMROD yang suka melanggar benda keras di hadapannya..so sweety~


 

Sedikit kisah dari movie yang Azu tonton:


Tom Popper membesar dengan peluang berinteraksi yang sangat kecil dengan bapanya yang kerjanya menerokai dunia. Apabila dia membesar, dia menghabiskan kebanyakan masanya pada kerja-kerja yang dilakukan dan mengabaikan anak-anaknya. Satu hari bapa Tom Popper menghantar kepadanya hadiah yang luar biasa: iaitu enam penguin dari Artik. Popper tidak boleh menerimanya tetapi tertanya-tanya mengapa bapanya menghantar padanya penguin. Dia cuba untuk menghilangkan penguin dari hidupnya. Tetapi apabila anak-anak dan bekas isteri muncul untuk meraikan hari lahir anaknya, anak-anaknya sangat sukakan penguin. Dan Popper akhirnya dapat mengeratkan semula hubungan dengan anak-anak dan isterinya.

Macam-macam halangan yang terpaksa mereka lalui untuk mempertahankan Penguin yang amat disayangi bersama 'Personal Assistant' Tom, iaitu Pippy yang sangat cool! Itulah serba ringkas tentang movie Mr Popper's Penguin. Kalau ingin mengalami suasana hingar bingar dari ketawa penonton yang lain, jemput-jemputlah ke pawagam ye. Kalau anak-anak dah besar-besar sikit boleh join sekali. si kecik Aijaz belum boleh ye sayang!~Seronok dapat tiket wayang free, citer pon best!...HADIAH BIRTHDAY dari NUFFNANG dan TGV Cinemas. Thank you from Azu!

8 comments:

  1. oh...nanti gaji aku nak tgk arr citer nih....tq..weh

    ReplyDelete
  2. wahh,semalam gi melaka,tp tak terfikir nak tgok mr popper ni, da bli tiket ,baru perasan,,sobs2,,laen kali la tengok,,huhu

    ReplyDelete
  3. jim carey..suka tengok lawak dia hahaaa..kesian penguin tu..d

    ReplyDelete
  4. jim carrey mmg best, best gak dpt penguin bijak cmtu!haha

    ReplyDelete
  5. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kembali kerana sudi singgah!;)

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)