Salam dan hai readers,
Alhamdulillah, lega rasanya bila tahu keputusan ujian Azu negative Pap Smear!~bukannya tak lulus peksa, tapi itu maksudnya tiada sebarang ketidaknormalan pada pangkal rahim Azu. Kata doktor dia akan call sekiranya terdapat ujian tersebut positif. Walaupun doktor tak telefon~tu tandanya negatif atau ok lah, Azu tetap berdebar-debar nak amik result.
Semuanya bermula sebulan yang lepas Azu tekad nak buat ujian pap smear. Doktor dah pesan suruh Azu buat ujian pap smear 6 bulan selepas Azu deliver baby ~oh itu 6 bulan yang lepas…terlepas sudah. Ummie Aijaz sibuk sangat sampai lupa pesan doktor. Azu memang tak tahu apa-apa tentang pap smear, yang Azu tahu ujian pap smear ini akan dibuat pada kaum wanita sahaja~Azu ni kekadang cetek ilmu, sampailah tiba masanya Azu akan baca sehinggalah Azu faham.
Apakah Pap smear?
Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah satu prosedur perubatan di mana sampel sel dari pangkal rahim (akhir rahim yang meluas ke dalam faraj) wanita yang diambil dan diletakkan (berlumur) pada slaid mikroskop. Sel-sel yang diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat pra-malignan (sebelum-kanser) atau malignan (kanser) sebarang perubahan berlaku.
Bagi Azu, Pap smear adalah ujian saringan yang mudah, cepat, dan agak tidak menyakitkan~rasanya ibu yang pernah melahirkan anak tahu perasaan yang tidak sakit ini. Kepekaan Pap smear - yang bermaksud keupayaan untuk mengesan setiap ketidaknormal (luar biasa) - manakala yang baik, juga tidak sempurna, dan beberapa "negatif palsu" (yang tidak normal hadir tetapi tidak dapat dikesan oleh ujian) akan berlaku. Oleh itu, beberapa wanita mendapat kanser pangkal rahim, walaupun melalui saringan Pap biasa.
Pap smear tidak bertujuan untuk mengesan kanser seperti ovari, vagina, atau rahim yang lain. Kanser organ-organ ini boleh ditemui semasa peperiksaan gynecologic (pelvis), yang biasanya dilakukan pada masa yang sama sebagai Pap smear.
Siapa yang patut melakukan Pap smear?
Kehamilan tidak menghalang wanita daripada mempunyai Pap smear. Pap smear boleh diambil dengan selamat dilakukan semasa mengandung.
Ujian Pap smear tidak diperlukan untuk wanita yang mempunyai histerektomi (dengan penyingkiran serviks) untuk keadaan benign. ~tulisan senget tu boleh search detail kat google.Wanita yang mempunyai histerektomi di mana pangkal rahim tidak dibuang, yang dipanggil histerektomi subtotal, harus terus membuat pemeriksaan mengikuti garis panduan yang sama seperti wanita yang tidak mempunyai histerektomi.
Negatif Pap Smear atau normal servix adalah selamat namun harus terus berhati-hati kerana doktor berpesan pada Azu uyang Azu harus mengambil ujian tersebut sekali setahun. Biasanya akan dilakukan oleh perempuan yang sudah berkahwin kerana lebih berisiko. Walaupun takut masih ada, tapi Azu harus lakukannya demi orang tersayang!
Share n Luv from Azu!
Sumber: medicinenet.com
yg belom kawin boleh tak nak buat ujian ni? takot gakk,,heee
ReplyDeletealhamdulillah..wanita memang kena jaga diri sebaiknya..:)
ReplyDeleteape pakaian pakai buat pap smear?
ReplyDeleteBantuan Diperlukan..boleh??
ReplyDeleteminat tak..contest jom join
1st time seumor idop buat ni..
http://1malaysia-cybershot.blogspot.com/2011/07/rm-contest-snap-shot-bloggers-contest.html
ira: gadis sunti pun bole, ujian tu bole dptkan vaksin lindungi kanser servix di ms dpn.insyaallah
ReplyDeletekancilbiru: betul2, utk ms depan
anonymous: pakai kain je, mcm wanita nk bersalin.