Friday, July 1, 2011

Julai bulan kebahagiaan!

Salam dan hai readers,

Julai bulan kegemaran Azu..hehe. Nak tahu kenapa? Jom baca-baca!

Pertama sekali, bulan Julai bulan Azu dilahirkan, tanggal 1 Syawal..di keheningan laungan takbir berkumandang di pagi hari raya. Lahirlah seorang puteri bongsu dalam keluarga abah Azu, Hj Arifin. Mak Azu geram gak pasal Azu nak gak lahir hari raya pertama. kihkih. Melepasla nak makan rendang tok di pagi raya yang hening. Sorry ye mak, tak sengajalah~Tapi mak Azu tetap bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan puteri yang sihat..Memang sihat dan montel. Tak percaya??

Mak kata Azu ni anak yang degil tapi Azu menafikannya pasal Azu tengok anak orang lain lagi degil dari Azu..he. Tapi, mak jangan risau. Mungkin dulu, Azu degil tapi sekarang Azu semakin matang. ~matang sangatla, mak geram pasal kekadang manja dengan mak memang tak bertempat. Tetambah bila dah kawin ni, Azu berpendapat biarlah Azu kurangkan manja Azu dengan mak pasal nak bagi peluang kat abah pulok..hehe.

Ingat lagi sampai bila-bila, time tu darjah 3 ke 4, mak sambut besday Azu dengan kawan-kawan rapat azu di rumah lama, sungguh tidak ternilai memori indah itu....sayang mak dan abah!


Kedua nya, Azu deliver my 1st baby boy~baru pertama kali..hee iaitu si Aijaz Nazeef pada bulan Julai gak..bape hari lagi nak ikut tarikh befday Azu. Sebulan sebelum bulan puasa. ~Azu nagh risau ni..puasa tak abis ganti lagi..huhu.EDD si Aijaz deliver memang tepat. Ingat nak suruh si Aijaz lahir sama dengan befday ummie dia, tapi dia dah buat perjanjian awal-awal lagi dengan Yang Amat Berkuasa. Alhamdulillah, memang sungguh indah bila diri bergelar ibu pada si Aijaz. 

Walau pada mulanya agak sukar~maklumlah 1st time jadi parents pada Aijaz, ummie dan babah Aijaz tetap sabar menempuh dugaan menerima insan baru dalam hidup kami. Kala berpantang di kampung bersama mak dan abah tersayang merupakan saat paling tidak dapat dilupakan. Bantuan dari kakak dan abang tersayang amatlah Azu hargai dan tidak lupa juga pengorbanan babah si Aijaz tak dapat Azu balas sampai bila-bila. 


Kehadiran mak dan abah mertua serta adik hubby dari Melaka mengubat duka lara menghadapi si kecil yang demam kuning lebih dari 2 minggu. Lepas tu, Aijaz sembuh dan sihat sediakala dari kurniaanMu yang tidak ternilai.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Azu masih disini bersama hubby dan Aijaz tersayang. Sabar menempuhi saat indah, sukar bersama-sama. Doa kami agar tidak gentar dan tabah menghadapi segala-galanya.

Yang terakhir namun tiada akhirnya, Azu suka angka 7 pasal pemain bola kesayangan Azu dulu adalah pemegang jersi no 7 iaitu David Bekham. Walaupun dia dah tak main atau jadi pemain simpanan je, dia tetap pemain bola idola Azu!~mesti semua tak heran kan, pasal David Bekham tu memang popular, ensem, ohsom tapi tak boleh lawan la hubby Azu!!~Like byk2 LOL.


Finally~Terima kasih kerana sudi membaca dan tetap menyokong Azu sampai bila-bila~haha macam glamor sangat! Tapi Azu akan sayang dan ingati korang until the world ends..July so sweet to me, forever!:)

Share n Luv from Azu!

4 comments:

  1. yeah,, me too,,^_^,, tiap tahun xsaba2 tggu bulan july,, dgn harapan dapat byk hadiah,,ahaha,,xD

    ReplyDelete
  2. k.zura xharap hadiah dh ira, nk sihat, bahagia dan murah rezeki no 1 skrg..no 2 hadiah dr bancik..haha

    ReplyDelete
  3. hehe,, kak zura,,meyh join GA ,,ner tau leyh dapat plushie DOMO or tshirt domo,,hehe,,
    :)

    GA tshirt domo

    GA plushie domo

    ReplyDelete
  4. ira, dh joinnnnn..GA punye pasal,..he

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)