Salam dan hai readers,
Bila pagi tadi takde mood, petang mood datang juga menjengah. Kecewa dan sedih. Itu je mampu Azu ceritakan disini. Malam semalam di separuh masa pertama memang sudah mengecewakan bila Aidil Zafuan terpaksa berudur diri dari perlawanan akibat sakit lutut yang dialaminya. Semangat Azu berkobar-kobar bila Malaysia menjaringkan gol pertama di Stadium Bukit Jalil dalam separuh masa kedua. Namun tersentak bila Si Singa pun menjejak langkah menyumbat satu gol.
Azu hanya nampak 3 pemain ini yang sangat bertungkus lumus menjaga benteng pasukan negara iaitu Khairul Fahmi a.k.a apek, Safee Sali dan Gurusamy Govandar~indian player berlari punyelah laju nak kejar bola sorang2, yang lain tak nampak pulak . Tapi yang lain hanya memandang sepi, mana taknya nak lari kejar bola pun macam tak bersemangat terutamanya selepas Si singa menjaringkan gol, terlepas bola entah la berapa kali. Benteng pertahanan Malaysia terus-terusan hampir dibolosi oleh si Singa. Mujur ada si Apek yang tangkas membenamkan hasrat si Singa tapi siapalah dia tanpa semangat dari satu pasukan yang bekerjasama. Tanpa si Apek rasanya Si singa dah berpesta gol kot malam tadi.
Tetapi di sebalik kekalahan, masih ada kelebihan Harimau Malaya. Kejayaan mereka sampai ke tahap ini memang patut dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Kehadiran mereka dan perlawanan ini telah menarik seramai-ramainya penonton 1 Malaysia untuk berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil yang telah mencatat sejarah penonton seramai 80 ribu~tapi kalau korang perasan memang penuh lain macam kan, tapi tak kisah la. Inilah semangat yang kita harapkan dari peminat bola sepak negara.
Walaupun kita kalah, Azu tahu pasukan Harimau Malaya masih mampu bangkit dan berjuang untuk mempersiapkan diri ke World Cup satu hari nanti. Pemain Malaysia tak kuat lari pasal kaki pendek dan bertubuh kecil bukan alasan bila Maradonna yang sekecil dan sependek itu pun mampu menjadi bintang bola sepak dunia~Gelarannya Hand of God cukup terkenal dikalangan peminat bola sepak seluruh dunia. Azu tahu dan semua peminat bola sepak negara tahu dan yakin Pemain Malaysia juga juga berpeluang mengalaminya satu hari nanti. Buktikannya Malaysia Boleh! Masih menunggu sinar baru~
Share n Luv from Azu!
3 comments:
gogogo Malaysia boleh! :)
hahhaha..betul tuh...bersemangat lah wahai pemain2 MALAYSIA..kami semua menyokong anda semua....
kejayaan kalian senantiasa dinantikan...:)
selamat menyambut bulan ramadan...
dan selamat berpuasa ;)
Post a Comment