Salam dan hai readers,
Sesuatu untuk dikongsi bersama.
Terdapat seorang suami dan isteri baru pulih dari denggi. Tanda-tanda si suami agak berbeza dari si isteri. Si suami mengalami simptom-simptom denggi seperti demam denggi, menggigil, mual ruam dan sakit badan sementara si isteri berhadapan dengan gejala demam yang tinggi, muntah , menggigil, sakit badan dan mengalami ruam yang buruk.
Perbezaan terbesar mereka adalah bilangan PLATELET (iaitu keping darah, plat darah, trombosit atau platelet, adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisme hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah (thrombus).
Platelet si isteri tidak jatuh secara drastik manakala platelet si suami menurun sehingga 18 tetapi doktor akan melakukan transfusi platelet . Semua nasihat yang diberi oleh ahli keluarga termasuklah makan sup ketam nampaknya tidak membantu menurunkan platelet si suami. Mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan si suami sehingga satu hari seorang jururawat memberitahu kami supaya minum jus kiwi. Memang agak sukar untuk mendapatkan jus kiwi namun bernasib baik kerana staf hospital yang bertugas pada malam tersebut telah memberikan beberapa potong buah kiwi untuk dimakan.
Pada keesokan harinya, Platelet si suami meningkat kepada 82 dan platelet si isteri meningkat kepada 150-186 dan doktor telah membenarkan mereka pulang.
Sebenarnya, si isteri tersebut belum benar-benar pulih lalu doktor menyarankan agar beliau mengambil semual ujian darah dan mendapati platelet si isteri menurun semula kepada 141. Doktor terkejut dengan keputusan tersebut dan memaksa dia minum jus kiwi dengan banyak. Si isteri amat bernasib baik apabila platelet telah meningkat kepada 300.
Satu lagi cerita baru, makcik si suami turut dijangkiti demam denggi dan menyebabkan penurunan platelet beliau kepada 76. Dengan segera dibelinya jus kiwi dan beberapa hari kemudian didapati plateletnya telah meningkat kepada 170 dan doktor telah membenarkannya pulang.
Berkongsilah keajaiban jus kiwi dengan kawan-kawan yang lain ye.
Share n Luv from Azu!
Peluang Menang ke Hong Kong Disneyland! KLIK SINI
Submit video band anda! Kini Tak Mustahil lagi..KLIK SINI
Peluang Menang ke Hong Kong Disneyland! KLIK SINI
Submit video band anda! Kini Tak Mustahil lagi..KLIK SINI
Sumber:
Email forwarded
No comments:
Post a Comment
sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)