Salam dan hai readers,
Azu ingat dulu sebelum Azu deliver baby si Aijaz, dalam 7 bulan kot, Azu joint Kelas Pranatal di Hospital Serdang. Di situ, Azu bersama mommy2 yang lain diajar tentang Senaman Kegel. Nak tau ape tu senaman Kegel, jom baca2 info ni!
Senaman Kegel adalah mudah dan kita boleh lakukannya pada bila-bila masa dan dimana jua – di tempat kerja, di dalam kereta, mahupun semasa beratur di bank. Senaman ini direka untuk menguatkan otot lantai pelvis, uterus dan rectum, yang dapat bantu dalam proses kelahiran. Untuk mendapatkan otot yang betul, cuba buat seolah-olah anda ingin menahan dari membuang air kencing. Kemut otot tersebut untuk beberapa saat, kemudia releks (anda guna otot yang betul jika anda rasa satu tarikan). Atau letakkan jari anda ke dalam vagina dan rasakan ia menguncup apabila anda mengemut.
Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagaimanakah melakukannya?
FUNGSI DAN FAEDAH SENAMAN KEGEL
- mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}
- mengurangkan kes peranakan turun
- meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
- meningkatkan kualiti hubungan kelamin
- menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium
KAEDAH ASAS (PERMULAAN)
- Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba
- Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa
- Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
UNTUK PASTIKAN KAEDAH ANDA BETUL
- Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.Teknik senaman kegel yang betulsini
- Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.
SENAMAN YANG SEMPURNA
- Setelah kaedah anda betul,lagi lihat cara senaman kegel sini lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
- Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
- Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
- Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).
Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.
KEBERKESANAN
- Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
- Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.
- Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
- Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus. Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
Nak menang iPad, HTC Desire, KLIK SINI
Anda Hebat dengan Muzik Video!!, KLIK SINI
Berkesan Kuruskan Perut Anda! KLIK SINI
Share n Luv from Azu!
Sumber:
Pic: Google
bagus buat senaman kagel ni..vagina jadi ketat,senang nak kemut kuat2 kalau time bersama dengan suami..best wooo
ReplyDelete