Memang hebat penangan Facebook ni kan?Mana tidaknya, macam-macam kes kita dengar..Kes terbaru, hubungan cinta dan perniagaan yang dijalin melalui laman sosial Facebook menyebabkan seorang akauntan dari Kota Kinabalu, Sabah, kehilangan lebih RM1 juta kerana ditipu rakan kongsi yang tidak pernah ditemuinya.
Helen memenuhi permintaan kekasih dan rakan kongsinya itu dengan memasukkan wang tunai berjumlah RM1,110,350 ke dalam akaun lelaki berkenaan secara berperingkat antara 29 Mac hingga 19 April lalu.
Lelaki ‘maya’ itu meminta Helen membantu menyelesaikan duti setem, insurans serta bayaran lain dengan alasan tidak memiliki akaun di Negara ini.
Mangsa terpaksa `bergolok gadai' dan meminjam wang daripada rakan bagi menyokong perniagaannya tetapi lelaki maya itu tiba-tiba lesap bulan lalu dan gagal dihubungi melalui telefon, selain memadam profilnya dalam laman sosial popular itu.
Berikutan aduan mangsa baru-baru ini, polis menahan empat rakyat asing dan dua warga tempatan berusia antara 22 dan 33 tahun termasuk lelaki yang menyamar sebagai Alex Bob di Desa Aman Puri, Kepong dekat sini, petang kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata dalam serbuan pada jam 3 petang itu, polis merampas wang tunai RM15,000, 18 keping kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, tujuh telefon bimbit dan sebuah komputer riba dipercayai digunakan kumpulan terbabit.
“Semua suspek yang kini direman di Balai Polis Kepong, akan didakwa minggu depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Katanya, penipuan menerusi laman sosial membabitkan warga asing terus berleluasa dan tahun lalu saja, sebanyak 1,201 kes jenayah dilaporkan berlaku, membabitkan kerugian berjumlah RM20.8 juta.
Beliau mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika melayari Facebook kerana laman itu kini menjadi tumpuan utama penjenayah mencari mangsa.
Peringatan buat Azu dan semua kawan2 yang Azu sayang!
Share n Luv from Azu!
cinta facebook..hehe demam cinta zed zaidi la nih :)
ReplyDeletealexa, demam cinta facebook zed zaidi ke jinjang pelamin..the advantage of facebook!:)
ReplyDelete