Tuesday, April 19, 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan (1m-2m)


Rasanya agak lambat Azu berkongsi cerita ini memandangkan selama 9 bulan Azu hanya memerhati perkembangan si cilik Azu, Aijaz Nazeef membesar tanpa share di blog ni. Bila berkongsi cerita ini dengan kalian, Azu rasa lebih seronok. Siapa lah tak seronok tengok anak sendiri membesar di depan mata (dan didepan pengasuh)..hehe. Tambah2 lagi bila view balik pic2 harian dia (aku lah tukang snap pic si Aijaz), memang Azu x bole dok diam..jom2 kita baca, mana tau ade perkembangan anak kita yg terlepas pandang.

Bayi 9 bulan 1 minggu
 
Untuk bayi sembilan bulan minggu pertama, semuanya menarik: kasut anda (kasut biru Azu mmg Aijaz minat..entah kenapa), mangkuk bear kucing, sikat rambut, roda stroller ngan roda walker (bab roda ni merujuk si Aijaz) ia telah begitu banyak hal untuk menjelajah. Jika anda meletakkan semua periuk, sudu kayu dan penapis di salah satu almari berdapur rendah, ia akan menikmati dengan menariknya keluar, kalau dh simpan pun mereka akan kembali lagi. Sekali ia telah memegang sesuatu yang baru, ada percubaan yang boleh anda lakukan: mengambil objek itu darinya? Apakah itu membuat kamu bergaduh? Bolehkah dia menerima penolakan itu terhadap sesuatu yang lain? Jika anda dapat mendorong saintis kecil anda sambil dia keluar dari bahaya, anda akan meningkatkan rasa percaya diri dan kemandirian serta pengetahuan disekelilingnya.

Bayi 9 bulan 2 minggu
 
Jika bayi anda tampaknya lebih melekat dari biasanya, dia mungkin merasa cemas untuk berpisah  (cm pic bwh: Makyang Aijaz amik, terus nangis) – ia adalah normal selama sembilan bulan minggu ke2. Benar-benar petanda baik, menunjukkan bahawa ia sekarang boleh membezakan antara akrab dan yang tidak familiar. Kekadang tu, bila si Aijaz dengan aku, dengan pengasuh Azu panggil Mama Along dia pun xmau.Dia mungkin menolak untuk membuka lengannya untuk orang dewasa yang lain, bahkan yang dia tahu, dan dia mungkin mendapati tidur adalah menyedihkan sekiranya terpaksa dipisahkan dari ibu dan ayah. Azu dah try pindahkan si Aijaz ke baby coat, tp dia xmau..lena katanya tido dgn kami di katil yg sama.last2 Azu jadikan baby coat sbg play coat dia. (pakai bila salah sorang abah n ummie Aijaz xde ngn dia) Pemisahan kecemasan biasanya puncak antara 10 dan 18 bulan, dan kemudian secara berperingkat memudar. Dengan pelukan tambahan dan meyakinkan daripada anda, dia akan melewati tahap ini dan kembali ke diri sosialnya.


Hampir berjalan 

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot ). Masa ni si Aijaz berpaut pada perabot cm katil n sofa kalo nk jalan2 keliling rumah. Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!). Mana taknya, si Aijaz masih belum duduk sebaiknya terus nk bangun berdiri..Azu agak si Aijaz rasa susah kot, tp kita kene selalu bagi semangat kt si cilik kita x kira apa!

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya (Azu selalu acan TATIH kt si Aijaz, dia suke, lg semangat nk melangkah!penat jugak la ummie nya) dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -->
Kasut? Belum lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. (pic ats: Aijaz dgn kasut pertamanya Bebe orenn!) Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya. (cadangan Azu pakaikan si cilik kita stoking, amacam?geram kt stoking warna warni, penuh kartun Donald duck, pooh!ummie yg lebih)hehe
Bermain dan belajar
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda (kan Azu dh citer yg si Aijaz suke sgt kt roda, rupa2 nya roda tu berpusing2 yg menarik perhatian dia), tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan. (Azu tgk agak mahal jugak kete tu, tp readers bole dapatkan kete yg kecik2 ckit, mmg berbaloi!)

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan. (bukan Azu sorang letih layan kerenah si Aijaz, abahnya pun jenuh pujuk kalo amik bende pelik dr tgnnya..xboleh dimanja sgt!)

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. (si Aijaz dh try..bila Azu golekkan bola kt dia, tau dia wat ape? dia gigitnya bola tu, sabo je lah!)Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
Menangani pemisahan
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama. (Azu selalu pesan kt si Aijaz dalam kete otw anta ke Mama Along. Dengar cakap mama Along, jgn nakal2..bila tgglkan dia nk g keje, he seem so relief n bye2 to his ummie, lega Azu!)

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.
Cuba untuk membuat perjalanan
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. (kalo Aijaz blk kg, standby mcm2..bkn dok diam, ats bwh seat sume dia explore!Azu layanzzz..)Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya. (hah, mmg betul la..time cari ja msti hilang.pesal la Azu ajar si Aijaz pakai puting, dh 3x hilang..3x beli lain..itulah best fren si Aijaz kemana2 dia pg. Puting tu nk kene lempor ke sungai, baru tau!nada geram)
Pemahaman bahasa
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.) (Azu belum seronok lg psl si Aijaz selalu pggl abah ja, ummie xdgr le pulak!Azu tension jap..)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. (tu mmg si Aijaz dh terror, tp kekadang dia wat xtau je bila Azu pggl esp bila bz ngadap mainan fav dia, huh..sabo jela!) Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.
Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.
So, cane guys? Pasti perkembangan si cilik anda sudah advance dr cerita yg Azu kongsikan di atas. Keep it up with ur lovely ones! 
Share n luv from Azu!

Sumber:

2 comments:

  1. salam kenal,

    follow bazk, bagus info ni,, sharing is caring kan..

    ReplyDelete
  2. salam maszmadi, yup share is caring, time kasih sudi follow.:)

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)