Friday, December 30, 2011

Video Nostalgia Elvis dan Martina McBride Mengejutkan!

Salam dan hai readers,


Krismas dah lepas beberapa hari yang lalu tapi bila menonton video Elvis Presley dan Martina McBride menyanyikan lagu duet bertajuk ' The Blue Christmas' boleh mengimbau nostalgia semua peminat-peminat mereka kira-kira 40 tahun dulu apabila Elvis merakamkan lagu pertamanya sehingga kini dan sudah pastinya mengejutkan! Nak tahu kenapa? jom baca seterusnya~

Memori yang mungkin masih segar dalam populariti Elvis yang sedang memuncak.

Dengan teknologi hari ini, mereka berdua bersatu untuk menyanyi lagu ini bersama-sama....hebat kan?


Jom lihat disebalik tabir pulak ye~


Sukar untuk kita kenalpasti dan menyedarinya bahawa video ini telah ditindihkan!

Reaksi orang ramai apabila Martina McBride memasuki pentas dilakukan dengan serba sempurna.

Kecanggihan teknologi elektronik menyatukan mereka berdua adalah sama-sama hebat!

Untuk pengetahuan semua Elvis menyanyikan lagu ini pada tahun 1968 manakala Martina McBride pada tahun 2008. Jangan terkejut kerana ini realiti kecanggihan video zaman sekarang~

Teruja tapi bukan fanatik~

Share n Luv from Azu!

Sumber: Email dari rakan~

Tuesday, December 13, 2011

Dail 112 bukannya 999 – Mesti Baca Demi Keselamatan!


Salam dan hai readers,


Bila terbaca artikel yang dihantar oleh seorang rakan, Azu rasa sangat takut dan ngeri bila kes ini melibatkan seorang wanita! Bila terjadi kes-kes kecurian atau rompakan, seringkali kita pasti teringat talian kecemasan iaitu 999. Tapi sepatutnya nombor lain yang perlu didail iaitu 112 melalui telefon bimbit atau hp kita. Ada kes serius yang sangat wajar Azu kongsikan bersama kawan-kawan pembaca semua. Jom baca!

Kes ini terjadi dua hari lalu dimana seorang wanita muda telah dirompak dan dikelar dimukanya berhadapan rumah sahabatnya ketika sedang menekan loceng. Tiba-tiba dia melihat sebuah motorsikal dengan dua orang menuju ke arahnya. Beliau menyangka pegawai keselamatan. Sebelum dia sempat berbuat apa-apa, seorang dari lelaki tersebut telah men’kelar’ mukanya dengan pisau dan menyambar begnya.

Beliau tidak menyedari pipinya telah dikelar sehingga dia menyentuh mukanya dan mendapati pendarahan di pipinya. Dia menjerit kerana terperanjat dengan insiden itu. Salah seorang dari lelaki tersebut kembali semula kearah wanita tersebut untuk mencederakannya lagi. (walaupun mereka berdua nampaknya bergegas ingin cepat lari dari situ). Nasib wanita itu baik apabila dia sempat memegang tangan lelaki tersebut dari terus menyerangnya. Pada masa itu juga, sahabatnya keluar untuk memeriksa apa yang berlaku dan lelaki perompak tadi dengan pantas melarikan diri ke arah motor kawannya lalu meniggalkan tempat kejadian.

Bayangkanlah, kelar di pipi wanita tersebut adalah sepanjang 9 cm dan kedalamannya 1cm. Nampaknya taktik perompak sekarang ialah mencederakan anda terlebih dahulu sebelum merompak supaya anda berasa sakit dan tidak berupaya untuk melawan.

Malah, jika ada seseorang yang cuba membantu dan menyelamatkan anda juga perlu mengambil langkah drastik dengan menghubungi pihak yang berkenaan dengan segera dan bukannya dengan mengejar perompak tersebut.

Nombor kecemasan yang perlu didail:

Nombor Kecemasan di seluruh dunia untuk GSM Mobile/ Handphone atau Telefon Bimbit (010, 012, 013, 017, 019 adalah 112 dan bukannya 999 (Telefon awam dan Telefon Rumah sahaja).

Untuk pengetahuan semua, nombor 112 boleh didail walaupun tanpa SIMKAD. Jika anda mendapati anda dalam kawasan liputan rangkaian mudah alih. Dail telefon bimbit dan akan mencari rangkaian yang sedia ada untuk memudahkan pencarian nombor kecemasan untuk anda dengan segera.


Kongsilah maklumat penting ini untuk keluarga dan kawan-kawan tersayang ye. Terima kasih sudi membaca dan berkongsi cerita dengan Azu. 

Share n Luv from Azu!

Friday, December 2, 2011

Gambar Citta Mall~Pertemuan Minda dan Hati Menjadi Satu


Salam dan hai readers,


Hari Isnin, dimana kita cuti 1 Muharram. Memang jadi rutin hari minggu~opps rutin di hari cuti, kami satu family memang tak menang tangan mengemas rumah, basuh kain yang bertimbun, lap habuk ~habuk macam sebulan punye walau tiap-tiap minggu mencuci. Termasuklah si kecik Aijaz yang tumpang menyebok jugak. Tapi biarlah kan~besar esok Aijaz mesti rajin tolong ummie dan babah kemas rumah, ringan beban. Lega u~


Lepas selesai, barulah en hubby bercadang nak pergi IKEA. Masa keluar tu, hujan turun dengan mesra lebatnya. Dugaan kan musim akhir tahun ni~Terasa lama dalam kereta, patutlah bila tengok kereta tersangatlah banyak dan kami tersangkut layan jam. Azu dengan Aijaz sempat zzzZZ  jap, bangun-bangun je sudah terlepas IKEA. En hubby tak sanggup nak layan jam, tetambah bila tengok kami syok tidur kat belakang. Sabor jelah kan~

Perjalanan pulang ke rumah tu memang lalu Ara Damansara, Azu terus ajak en hubby singgah pasal satu shooping mall yang baru tak baru jugaklah opening dalam 5 bulan yang lepas. Kitaorang memang tak pernah sampai kat sini walaupun dok jalan hari-hari pergi ofis.~jalan yang sama maksud dengan memandu~hee

Menariknya ‘Citta’ mall ini ada pada namanya sendiri. Citta adalah dari bahasa kuno yang merujuk kepada minda dan hati. Citta yang bercita-cita untuk menjadikan tempat ini sebagai pertemuan antara minda dan hati menjadi satu ~alaa macam lagu Berdua Bersatu tu~ Ingin menjadikan tempat ini penuh dengan kejutan.

Tempatnya terletak di kawasan yang baru ingin dimajukan iaitu Ara Damansara dan berharap menjadi tempat kegemaran semua orang tak kira jauh ataupun penduduk di sekitarnya.

Berbekalkan parking lot beserta kod berwarna serta sangat luas di Basement dan Ground Floor memang beri kelebihan dan mesra pengguna supaya tidak mudah lupa tempat parking kereta.  


Kafe di tempat terbuka  yang ala-ala Barat dan Timur atau restoran high-class yang bisa membangkitkan selera makan pengunjung seperti kami tapi Milo Supreme Mcflurry dan Chicken McBites kat McDonald yang jadi pilihan hati. Aijaz pun suka sebab ada play kids yang jarang-jarang Azu jumpa kat McDonald cawangan lain. Restoran Chawan, Wondermilk, Chillis dan kedai roti PapaRich pun tidak menghampakan.




Mural crayon di tandas lelaki dan perempuan yang sangat menarik perhatian sebab Azu tak pernah jumpa shopping mall yang berkonsepkan interior kreatif dan unik macam Citta Mall ni. Bagi Azu, konsep ini sangat berkesan untuk menarik pelbagai golongan pengunjung terutamanya golongan remaja.



Sesiapa yang berminat dengan buku, boleh melapangkan masa di Times. Gaya dan konsep tetap sama macam Borders dan Popular. Seronok kan boleh lepak dan membaca buku sepanjang hari dalam kedai tu, tapi bila kena layan si Aijaz jugak pada masa yang sama, lebih baik beli buku dan baca di rumah kan..senyum~


Kedai perabot dan gajet elektronik menarik juga tidak dilupakan di Harvey Norman. Tapi kami tak pernah shopping benda-benda tu kat sini sebab harganya yang agak mahal. Selalunya kami cari jualan murah dekat Cavenzi ke atau IKEA dimana perabot atau peralatannya lebih moden dan simple. Kami pun simple, sederhana orangnya..heee~so tempat-tempat macam Harvey Norman ni kami Window Shopping je.

Rasa macam panjang sangat cerita Azu tentang Citta Mall ni kan. Selalu pergi shopping mall lain macam biasa je, tetiba singgah sini memang rasa sedikit ‘kalut’ dan teruja..haha. Apa lagi kawan-kawan, jom jalan-jalan dan singgah tempat baru macam ni. Jangan terlalu berharapkan kesempurnaan kerana tempat ini masih dalam pembikinan. Sekarang tengah Christmas Special. Mana tau ada offer dan penjimatan menarik?? Kalau nak tahu selanjutnya, boleh singgah lawan web Citta Mall ye di CITTA Adios~


Share n Luv from Azu~

Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday ~What's on your mind?011211

Salam dan hai readers,

Fikir-fikir dan dan selamat beramal~hehe


Kita nak jadi siapa agak-agaknya? ME??isy isy...senyum guys~

Sumber: 9GAG