Tuesday, October 25, 2011

FACEBOOK memberi KESAN kepada otak kita?


Salam dan hai readers,


Penemuan kajian Facebook memberi impak kepada otak manusia? Jom kita baca selanjutnya..

LONDON: Saintis telah menjumpai kaitan secara langsung antara jumlah bilangan "kawan-kawan" seseorang dalam Facebook dan saiz kawasan otak yang tertentu, telah meningkatkan kemungkinan bahawa menggunakan rangkaian sosial dalam talian mungkin merubah otak kita.

Empat kawasan otak yang terlibat adalah diketahui memainkan peranan dalam ingatan, tindak balas emosi dan interaksi sosial.

Setakat ini, walau bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk mengatakan sama ada yang mempunyai lebih ramai kawan-kawan dalam Facebook akan mengakibatkan bahagian-bahagian tertentu otak menjadi lebih besar atau sama ada sesetengah orang hanya manjadikannya mudah terpengaruh, atau "hardwired," untuk mempunyai lebih ramai rakan.



"Persoalan yang menarik sekarang ialah sama ada struktur ini berubah dari masa ke masa - ini akan membantu kita menjawab soalan sama ada Internet mampu merubah otak kita," kata
Ryota Kanai of University College London (UCL), salah satu daripada penyelidik yang terlibat dalam kajian ini.

Kanai dan rakan-rakan sekerja menggunakan
magnetic resonance imaging (MRI) untuk mengkaji otak 125 pelajar universiti, mereka semua adalah pengguna aktif laman sosial Facebook, dan membandingkan plaid penemuan mereka dengan kumpulan 40 pelajar yang lain.

Mereka menemui satu hubungan yang kuat antara jumlah bilangan rakan-rakan Facebook dan
"grey matter" di amygdala iaitu sekelompok saraf yang berbentuk kacang almond. Amigdala dipercayai merupakan bagian otak yang berperan dalam melakukan pengolahan dan ingatan terhadap reaksi emosi. "Grey matter" merupakan lapisan tisu otak di mana pemprosesan mental berlaku.

Ketebalan
"grey matter" dalam amygdala juga dikaitkan dengan jumlah rakan-rakan sebenar mereka di dunia nyata, tetapi saiz ketiga-tiga kawasan-kawasan lain muncul hanya apabila mereka dalam sambungan talian (online).

Secara puratanya, pelajar-pelajar tersebut mempunyai kira-kira 300 kawan-kawan Facebook dan mampu menghubungkan ke seluruh kawan-kawan lain sehingga 1,000 orang.

Dengan lebih daripada 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia, Facebook telah menjadi komponen utama interaksi sosial, terutamanya di kalangan generasi muda.



"Rangkaian sosial online adalah berpengaruh luas, namun kita memahami tentang kesan Facebook ke atas otak kita adalah amat sedikit. Ini telah membawa kepada banyak spekulasi yang tidak menyokong Internet yang kadangkala memberi kesan negatif bagi kita," kata Geraint Rees daripada UCL.

"Ini menunjukkan bahawa kita boleh menggunakan beberapa alat-alat yang berkuasa dalam neurosains moden untuk menangani persoalan penting - iaitu, apakah kesan-kesan rangkaian sosial, dan rangkaian sosial dalam talian khususnya dalam otak seseorang.

Hasil kajian yang telah diterbitkan pada hari Rabu dalam Journal Proceedings of the Royal Society B. Heidi Johansen-Berg of the University of Oxford yang tidak terlibat dalam penyelidikan, berkata penemuan yang menarik tetapi tidak bermakna Facebook adalah jalan pintas untuk membuat orang lebih bijak.

"Jika anda mendapat diri anda 100 rakan baru dalam Facebook pada hari ini maka otak anda tidak akan lebih membesar pada esok hari," katanya.
 "Kajian itu tidak boleh memberitahu kita sama ada menggunakan Internet adalah baik atau buruk untuk otak kita." - Reuters

Kadangkala pelik, tapi menarik..harap pakar perubatan Malaysia mampu mengkaji kaitan otak manusia dengan perkembangan dunia semasa kita.

Share n Luv from Azu!

Sumber: The Star Online 25 Oct 2011, Wikipedia

Wednesday, October 19, 2011

Menakjubkan..Perpustakaan Selangor Bertaraf Dunia!

Salam dan hai readers,

Pengalaman melangkah masuk ke dalam perpustakaan Selangor bagaikan masuk ke dalam bangunan kerajaan bertaraf dunia yang mampu memukau pandangan setiap orang yang singgah menjengah. Sejak dapat email tentang Pepustakaan itu seminggu yang lepas, dan sudah sekian lama tinggal di Shah Alam..sekarang baru Azu tahu adanya perpustakaan moden bertaraf dunia di Shah Alam, Selangor iaitu hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor. Harap Azu tak ketinggalan sangat~huh





Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.










~wah wah eskalator pun ada!~


Tiba hari minggu memang hari yang Azu nanti-nantikan, Azu akan pastikan kami satu family iaitu Azu, en hasben dan si kecik Aijaz berkunjung ke perpustakaan ni. Idea yang baik menggantikan hobi Azu yang suka window shopping di hari minggu kan..wa wa wa..tapi Azu tetap puas hati sebab Azu sangat sukakan buku!! Biar si Aijaz membiasakan diri dengan membaca buku dan meluaskan pandangannya untuk masa depan, insyaallah~






~tasik yang indah berhampiran~

~kad ID untuk kanak-kanak 0-12 tahun, mudahlah nak pinjamkan aijaz buku nanti, dewasa pakai IC je~

Kedudukan perpustakaan ni agak tersorok sedikit jadi sangat perlu PENUNJUK ARAH sebaiknya diletakkan bermula dari bulatan batu 3 [ Stadium Melawati ] depan Petronas Station supaya mudah mencarinya. Lebih baik lagi dimulai dari Sekitar Bangunan PKNS / Mesjid Negeri / Bulatan Kayangan....Insyaallah.


Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.

Share n Luv from Azu!

Tuesday, October 18, 2011

Kanak-Kanak 3 tahun Digilis Depan Mata

Salam dan hai readers,


Berita malam semalam amat mengejutkan Azu. Satu insiden ngeri berlaku di negara China semalam dimana seorang kanak-kanak perempuan bernama Yue Tue berumur 3 tahun yang terbaring selepas dirempuh dan digilis oleh van sebanyak 2 kali. Siap langgar dan mengundurkan vannya. Lepas tu blah cam gitu je. Kemudian, sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan, China. Dilaporkan seramai 18 orang saksi turut menyaksikan insiden itu namun hanya mampu memandang kanak-kanak tersebut. Saksi ke 19 iaitu seorang yang bekerja sebagai pengutip sampah di sekitar kawasan tersebut dengan pantas mengangkat kanak-kanak tersebut selepas menyaksikan kejadian ngeri itu.



Pemandu tu seharusnya berhati-hati bila melalui ruang sempit itu kerana ramai orang lalu lalang berhampiran. Ibu bapa juga berperanan memastikan anak-anak selamat dan tidak melalui kawasan yang membahayakan.Saksi yang berada di tempat kejadian turut bertanggungjawab kerana mereka saksi utama kejadian tersebut dan mampu menyelamatkan kanak-kanak tersebut sebelum terlambat. 

Semoga semua mendapat iktibar dari kejadian ini termasuklah Azu sendiri terutamanya ketika memandu kereta. Teringat bila nak parking kereta di rumah Azu, sempat lagi budak-budak di kawasan perumahan Azu tu bermain sorok-sorok di celah-celah kereta yang lain. Semoga anak-anak tersebut jauh dari bahaya seperti video tu. Siapa nanti yang harus dipersalahkan? 

Share n Luv from Azu!

Sumber: Mymetro

Tuesday, October 11, 2011

Taktik Terbaru Si Penipu- RM200K dalam akaun bank anda!

Salam dan hai readers,

Cerita untuk dikongsi bersama untuk pembaca semua..


Seperti yang kita sedia maklum, sebarang cek yang dimasukkan ke dalam akaun anda memerlukan beberapa hari untuk diproses. Walaupun amaun tertentu muncul dalam akaun anda, ia sebenarnya masih belum selesai urus niaga, orang yang mengeluarkan cek boleh membatalkan cek pada bila-bila masa! 

Beberapa hari lalu, salah seorang rakan saya menerima sms dengan mesej: "Anda telah memenangi 1 hadiah istimewa dengan hadiah wang tunai RM200, 000!" SMS dapat dari satu nombor namun kawan saya mengabaikannya kerana terlalu banyak penipuan palsu menggunakan taktik yang serupa. Selepas seketika telefon bimbitnya berbunyi, Miss Fang bertanya: "Encik telah anda menerima SMS yang memberitahu encik telah memenangi 1 hadiah?" Kawan saya menjawab: "Ya, saya dapat"

Miss Fang: "Sila beritahu kami nombor akaun bank encik supaya kami boleh mendepositkan wang ke dalam akaun encik." Kawan saya berfikir, mengapa tidak, mari kita lihat apa yang anda boleh lakukan. Kawan saya mempunyai rakan yang bekerja di bank itu. Oleh itu, dia memberi nombor akaun beliau. Sepuluh minit kemudian, telefon bimbit rakan saya berbunyi lagi. Miss Fang berkata: "Encik, kita telah mendepositkan wang hadiah anda ke dalam akaun anda, sila periksa dan mengesahkannya." Kawan saya segera memeriksa menggunakan telefon bimbitnya dan mendapati bahawa RM 200,000 adalah benar-benar telah didepositkan ke dalam akaun. Beliau sangat teruja,mudahnya hanya itu saja dan dia memperolehi RM 200,000 dan lebih kaya!



30 minit kemudian, Cik Fang memanggil lagi dan dia menangis: "Saya minta maaf tuan, saya telah membuat kesilapan, saya terlupa untuk memotong cukai dari jumlah wang tunai yang diberi, 20% daripada RM 200,000 bersamaan dengan RM40,000.  Sekarang syarikat itu mahu saya untuk membayar balik wang tersebut. Bolehkah encik kembalikan RM 40.000 cukai tersebut? Saya memohon encik membantu saya. "   

Kawan saya berfikir untuk seketika dan merasa kasihan kepada wanita tersebut. Memikirkan wang tersebut di dalam bank, beliau terus pergi ke bank. Tiba-tiba dia teringat kawan yang bekerja di bank itu dan memutuskan untuk meminta kawannya memeriksa dan mengesahkan terlebih dahulu. Semasa mendaftar, kawannya mendapati bahawa wang deposit tersebut menggunakan cek dari bank yang berbeza.

Walaupun cek telah didepositkan, jumlah sebenar wang tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun pada hari yang sama. Jika pihak lain membuat keputusan untuk membatalkan cek, maka dia tidak akan mendapat RM 200,000.
Kawan saya terkejut. Beliau hampir kehilangan RM 40,000. Sebelum kawan saya meninggalkan rumah pada hari itu, cek sebenarnya telah dibatalkan. Jika bukan kerana kawannya, jika tidak kerana dia seorang profesional dalam kariernya, atau jika dia takut membiarkan orang lain tahu yang hadiah menarik ini adalah penipuan semata-mata, maka penipuan palsu ini pasti akan berjaya. 

Ini adalah kisah benar, sila berhati-hati. Penipuan lain pada masa depan pasti akan dirancang oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Jangan lupa untuk menghantar kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda untuk memberi amaran kepada mereka daripada ditipu. Hati-hati ye.- Terima kasih

Share n Luv from Azu!

Monday, October 3, 2011

BAHAYA ni untuk kaki bowling!

Salam dan hai readers,

Azu pernah terbaca artikel ini sebelumnya tapi tak sempat berkongsi dengan kawan-kawan pembaca semua. Tengok gambar-gambar ni memang sangat mengerikan!! Azu memang kaki bowling walaupun dah lama tak main bowling sejak ada si kecik Aijaz. Mana taknya, asyik spend time shopping ja dengan budak kecik ni sampai hobi best kami berdua terabai..hik2..takpe lah demi si kecil, ummie dan babah sanggup berkorban apa saja..opss! Insyaallah Aijaz besar sikit, kami bawak Aijaz join sekaki yep!

Bila teringat balik, memang dulu Azu memang kerap main bowling dengan cincin di jari. Memang sangat bernasib baik ensiden macam ni tak pernah berlaku pada Azu..Kalau terjadi jugak, Azu boleh pitamm daa..




Huh, teringat pulak bila jari manis Azu hampir terbelah bila nak potong ayam kecil-kecil. Pukul 11malam dan baru balik dari shopping barang dapur. Nampak darah terus menjerit kat en hasben...mata terus ke arah lain, tahan pedih ja. Bila jumpa doktor, doktor siap tanya lagi nak jahit ke? Azu hanya menyumpah dalam hati pasal tak sampai hati nak kutuk doktor tu. Bila dia jahit, bising mulutnya tanya Azu, "sakit ke? Saya 1st time jahit tangan awak ni"..Memang saat ni hati Azu dah kat luar klinik tu.huhu..Tak sanggup nak potong jari tangan lagi!

~demi cinta nya saat bermain bowling, luka terpotong tangan tu tak menjejaskan minat seorang bowler..hik2..nasib tangan kiri~

Share n Luv from Azu!