Salam dan hai readers,
Perkembangan si bayi perlulah sentiasa dipantau, supaya mereka mengikuti setiap pertumbuhan dengan lancarnya. Jangan jadi cam Azu..macam-macam Azu terlepas..sangat sayang!
11 bulan~Minggu ke 3
Hah, Azu terlewat pula nak tunjuk dan ajarkan si Aijaz untuk mengenal bahagian tubuhnya kerana pada usia 11 bulan, bayi sudah mampu menunjukkan bahagian tubuh seperti yang kita minta. Azu dah try kat Aijaz, tunjuk kat mulut dia pastu mulut kita..marah betul budak tu bila orang usik mulut apatah gigi comel dia tu.. sabo jelah wahai ibu bapa sekalian.
Kebanyakan kanak-kanak berusia 11 bulan sudah boleh menjawab soalan-soalan mudah dengan menunjuk ke objek yang dinamakan. Bayi anda juga boleh mengikuti arahan yang mudah: beritahu dia yang anda mahu mencium dan dia mungkin hanya memberi anda satu ciuman. Kalau si Aijaz mesti dah larikan muka dia, mengelak dari dicium oleh ummie nya! Selalulah bercakap dengan anak anda, menamakan dan melabelkan objek dan orang. Lebih banyak anda lakukan, lebih cepat perbendaharaan kata beliau akan berkembang. Nak tau tak, sepanjang jalan otw nak hantar Aijaz ke babysitter..semua yang lalu depan mata Azu akan namakan untuk aijaz, dia jawab tau…ha ha..hehe dia gelak pulok. Dia tak tahu ummie tengah ajar dia, dia pi sengih..xpelah Aijaz, pelan2 kayuh ye.
Ingin bebas
Bayi anda menjadi lebih bebas secara fizikal macam Aijaz. Inilah budak yang tak mahu duduk diam. Kalau Azu ke dapur, dia ikut sekali. Kalau Azu ke toilet pun dia nak ikut sekali. Opps! Pendek kata, kemana-mana sajelah nak melekat kat ummie atau babahnya. Sekitar usia ini, bayi anda dah pandai buka botol yang bertutup, turun katil melalui kakinya, menunjukkan perkara yang dia mahu, semua yang membuat hidupnya lebih mudah untuk beliau kerana beliau boleh melakukan apa yang beliau mahu. Emosi, masih kacau bilau terutamanya bila Azu ambil makanan yang dah jatuh dari tangannya. Dengarlah teriakannya buat seketika.
11 bulan~Minggu ke 4
Minggu ni bayi anda akan semakin bijak. Cubalah mainan menarik untuk si kecil. Cuba ujian ini: tunjukkan dia mainan, letakkan di bawah cawan plastik, kemudian keluarkan cawan dan biarkan dia mendapatkannya. Lakukan ini dua kali. Sekarang ambil mainan tersebut dan letakkannya di bawah objek yang berbeza, seperti sebuah kotak kecil, dan lihat apa yang dia lakukan. Dia masih boleh lihat di bawah cawan untuk objek tadi kerana dia telah dieksperimen dengan mainan dan cawan tadi. Ini mungkin tidak kelihatan seperti tanda kecerdasan kepada anda, tetapi dia telah belajar tentang konsep "mengekalkan objek" - bahawa perkara itu terus wujud walaupun dia tidak dapat melihat mereka. Ia merupakan satu langkah penting ke arah pemikiran logik.
Si aijaz memang suka bermain. Selalunya bila Azu sedang bermain bola dengannya, tiba-tiba HP berbunyi dan Azu berhenti bermain bola buat seketika, kita akan perasan bayi kita akan beralih kearah permainan yang lain atau cuba membuat aktiviti lain seperti memanjat sofa atau tengok tv. Mereka selalunya tidak dapat menumpukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa yang lama.
Hah, minggu depan Aijaz nak masuk 1 tahun..apa agaknya perkembangannya nanti ye..ummie dan babah tunggu ye..dah besar anak ummie!
Menangi iPad 2, HTC Desire! KLIK SINI
Share n Luv From Azu!
Sumber:
BabyCentre